Menurut Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sebagaimana dipetik daripada keterangan dalam Nasoihul Ibad: Orang yang beribadat ada tiga golongan, masing-masing mempunyai tanda untuk diketahui.
1. Golongan pertama, beribadat kepada Allah kerana takut kepada-Nya.
2. Golongan kedua, beribadat kepada Allah untuk mendapat anugerah-Nya.
3. Golongan ketiga, beribadat kepada Allah kerana semata-mata cinta kepada-Nya.
Beliau menjelaskan lagi, golongan pertama ditandai dengan tiga perkara:
1. Melihat dirinya hina.
2. Berasa kebaikannya sedikit.
3. Berasa keburukannya banyak.
Golongan kedua ditandai tiga macam:
1. Dia mengikuti semua hal ehwal manusia.
2. Dia dermawan kepada orang lain.
3. Zuhud kepada dunia dan berbaik sangka kepada Allah dalam menghadapi semua makhluk.
Golongan ketiga pula ditandai dengan tiga hal:
1. Dia memberikan sesuatu yang disukai dan tidak peduli selepas Tuhannya reda.
2. Melakukan pekerjaan yang membuatkan nafsunya benci dan tidak melayaninya selepas mendapat reda Tuhannya.
3. Dalam segala hal hidupnya selalu bersesuaian dengan Tuhannya sama ada mengenai perintah mahupun apa-apa yang dilarang-Nya.