1. Taat kepada suami secara benar.
Al-Bazzar dan ath-Thabrani meriwayatkan bahawa pada suatu masa di zaman Nabi, wanita telah bermesyuarat, lalu mengutus seorang daripada mereka kepada Rasulullah SAW untuk menyampaikan sesuatu kepada baginda: “Wahai Rasulullah! Saya ini utusan wanita kepada anda. Jihad itu telah diwajibkan oleh Allah ke atas lelaki. Jika mereka cedera, mereka akan mendapat pahala besar. Jika mereka gugur, nescaya mereka hidup pula di sisi Allah mendapat rezeki-Nya. Tetapi kami kumpulan wanita yang bersusah-payah menjaga lelaki, apa pula balasan yang akan kami dapat?
Maka, Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah sesiapa saja yang kamu temui daripada wanita, bahawa taat kepada suami serta mengakui haknya itu adalah menyamai pahala orang-orang yang berjihad fi sabilillah (di jalan Allah), sayangnya amat sedikit sekali di antara kamu yang melakukannya.
2. Isteri hendaklah menjaga harta suami, memelihara dirinya dan menyediakan dirinya hanya untuk suami semata-mata.
Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan Ibnu Majah: Mahukah kamu, aku memberitahukan daripada hal sebaik-baik barang disimpan oleh seorang lelaki? Iaitu isteri yang solehah, jika suami melihat kepadanya, dia menggembirakan. Jika suami menyuruhnya sesuatu, dia taat. Jika suami tiada di rumah, dia menjaga harta suami dan memelihara dirinya.
3. Jangan pernah enggan untuk tidur dengan suaminya.
Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim: Apabila seorang suami memanggil isterinya untuk seketiduran, lalu isteri enggan datang, sedang suami berasa marah, nescaya malaikat akan melaknat isteri itu hingga ke pagi hari.