Hubungan seksual suami isteri

Foto hiasan – Unsplash

(Soalan berkaitan) — Seperti diketahui, seorang Muslim tidak harus malu untuk menanyakan apa saja berkaitan hukum agama, sama ada bersifat umum atau peribadi. Oleh itu izinkan kami menanyakan suatu soalan mengenai hubungan seksual suami isteri yang berasaskan agama, iaitu jika isteri menolak ajakan suaminya dengan alasan dianggap tidak tepat atau tidak berasas. Apakah ada penetapan dan batas tertentu mengenai hal ini dan apakah ada petunjuk berasaskan syariat Islam untuk mengatur hubungan pasangan, terutama dalam masalah seksual?

Benar, kita tidak harus bersikap malu dalam memahami ilmu agama, untuk menanyakan sesuatu hal.

Aisyah RA telah memuji wanita Ansar, bahawa mereka tidak dihalangi sifat malu untuk menanyakan ilmu agama.

Walaupun dalam masalah berkaitan haid, nifas, janabah dan lain-lain, di hadapan umum ketika di masjid, yang biasanya dihadiri oleh orang ramai dan pada masa para ulama mengajarkan masalah (hal) wuduk, najis, mandi janabah dan sebagainya.

Hal demikian juga berlaku di tempat pengajian al-Quran dan hadis yang ada hubungannya dengan masalah berkenaan, yang bagi para ulama tidak ada jalan lain, kecuali dengan cara menerangkan secara jelas mengenai hukum-hukum Allah dan sunah Nabi SAW, dengan cara tidak mengurangi kehormatan agama, kehebatan masjid dan kewibawaan ulama.

Hal demikian sesuai dengan apa yang dihimbau oleh ahli pendidikan pada ketika ini. Yakni masalah hubungan ini, agar diungkapkan secara jelas kepada para pelajar, tanpa ditutupi atau dibesar-besarkan, agar dapat difahami mereka.

Sebenarnya masalah hubungan antara suami isteri pengaruhnya amat besar bagi kehidupan mereka, maka hendaknya memperhatikan dan menghindari perkara yang dapat menyebabkan kesalahan dan kerosakan terhadap kelangsungan hubungan suami isteri.

Kesalahan yang bertompok dapat mengakibatkan kehancuran bagi kehidupan keluarganya.

Islam dengan nyata tidak mengabaikan sudut daripada kehidupan manusia dan kehidupan berkeluarga, yang telah diterangkan tentang perintah dan larangannya.

Semua telah tercantum dalam ajaran Islam, misalnya mengenai akhlak, tabiat dan sebagainya. Tidak ada satu hal pun yang diabaikan.

1. Islam telah menetapkan pengakuan bagi fitrah manusia dan dorongannya terhadap seksual serta ditentangnya tindakan ekstrem yang cenderung menganggap hal itu kotor. Oleh itu Islam melarang bagi orang yang hendak menghilangkan dan memfungsikannya, dengan cara menentang orang yang berkehendak untuk selamanya menjadi bujang dan meninggalkan sunah Nabi SAW, iaitu menikah.

Nabi SAW telah menyatakan sebagai berikut: “Aku lebih mengenal Allah daripada kamu dan aku lebih khusyuk kepada Allah daripada kamu, tetapi aku bangun malam, tidur, berpuasa, tidak berpuasa, dan menikahi wanita. Maka, sesiapa yang tidak senang (dengan) sunahku, maka dia bukan termasuk golonganku.

2. Islam telah menerangkan atas perkara-perkara pasangan setelah pernikahan, mengenai hubungannya dengan cara menerima dorongan masalah seksual, bahkan melakukannya dianggap suatu ibadat, seperti keterangan Nabi SAW: “Di kemaluan kamu ada sedekah.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah ketika kami bersetubuh dengan isteri akan mendapat pahala?” Rasulullah SAW menjawab: “Ya. Sekiranya bersetubuh pada tempat yang dilarang berdosa. Begitu juga dilakukan pada tempat yang halal, pasti mendapat pahala. Kamu hanya menghitung perkara buruk saja, tetapi tidak menghitung perkara yang baik.”

Berasaskan tabiat dan fitrah, biasanya pihak lelaki yang lebih agresif, tidak memiliki kesabaran dan kurang dapat menahan diri. Sebaliknya wanita bersikap pemalu dan dapat menahan diri.

Kerananya diharuskan bagi wanita menerima dan mentaati panggilan suami. Seperti dijelaskan dalam hadis: “Jika isteri dipanggil oleh suaminya kerana perlu, maka supaya segera datang, walaupun dia sedang memasak.” (Diriwayatkan Tirmidzi, dan dikatakan hadis [status] hasan)

Dianjurkan oleh Nabi SAW supaya isteri jangan sampai menolak kehendak suaminya tanpa alasan yang dapat menimbulkan kemarahan atau menyebabkannya menyimpang ke jalan tidak baik, atau membuatnya gelisah dan tegang.

Nabi SAW bersabda: “Jika suami mengajak tidur isteri, lalu dia (isteri) menolak, kemudian suaminya marah kepadanya, maka malaikat akan melaknat dia (isteri) sampai pagi.” (Muttafaq alaih)

Keadaan yang demikian itu jika dilakukan tanpa uzur dan alasan masuk akal, misalnya sakit, letih, berhalangan, atau perkara-perkara yang layak.

Bagi suami, supaya menjaga hal itu, menerima alasan berkenaan dan sedar bahawa Allah adalah Tuhan bagi hamba-hamba-Nya Yang Maha Pemberi Rezeki dan Hidayat, dengan menerima uzur hamba-Nya. Dan hendaknya hamba-Nya juga menerima uzur tersebut.

Selanjutnya, Islam melarang bagi seorang isteri yang berpuasa sunah tanpa izin suaminya, kerana baginya lebih diutamakan untuk memelihara haknya, daripada mendapat pahala puasa.

Nabi SAW bersabda: Dilarang bagi isteri (puasa sunah), sedangkan suaminya ada, kecuali dengan izinnya. (Muttafaq alaih)

Di samping dipeliharanya hak lelaki (suami) dalam Islam, tidak lupa hak wanita (isteri) juga harus dipelihara dalam segala hal. Nabi SAW menyatakan kepada lelaki (suami) yang terus-menerus berpuasa dan bangun malam.

Baginda bersabda: Sesungguhnya bagi jasadmu ada hak dan bagi keluargamu (isterimu) ada hak.

Abu Hamid al-Ghazali, ahli fiqih dan tasawuf, dalam kitab Ihya, mengenai adab bersetubuh, beliau berkata: Disunahkan memulainya dengan membaca bismillaahirrahmaanirrahiim dan berdoa, sepertimana Nabi SAW mengatakan:

“Wahai Allah, jauhkanlah aku daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau berikan kepadaku.”

Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya: Jika mendapat anak, maka tidak akan diganggu oleh syaitan.

Al-Ghazali berkata: Dalam suasana ini (akan bersetubuh) hendaknya didahului dengan kata-kata manis, bermesra-mesraan dan sebagainya, dan menutup diri mereka dengan selimut, jangan telanjang menyerupai haiwan. Suami harus memelihara suasana dan menyesuaikan diri, sehingga kedua-dua pasangan (suami isteri) sama-sama dapat menikmati dan berasa puas hati.

Berkata Al-Imam Abu Abdullah Ibnul Qayyim dalam kitabnya Zaadul Ma’aad Fi Haadi Khainrul ‘Ibaad, mengenai sunah Nabi SAW, dan keterangannya dalam cara bersetubuh. Selanjutnya, Ibnul Qayyim berkata:

Tujuan utama daripada jimak (bersetubuh) ialah:

1. Dipeliharanya nasab (keturunan), sehingga mencapai jumlah yang ditetapkan menurut takdir Allah.

2. Mengeluarkan air yang dapat mengganggu kesihatan badan, jika terus ditahan.

3. Mencapai maksud dan merasai kenikmatan, sepertimana kelak di syurga.

Ditambah lagi mengenai manfaatnya iaitu: Menundukkan pandangan, menahan nafsu, menguatkan jiwa dan agar tidak berbuat serong bagi pasangan. Nabi SAW menyatakan: “Yang aku cintai antara duniamu adalah wanita dan wewangian.”

Selanjutnya Nabi SAW bersabda: Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu melaksanakan pernikahan (mampu bernikah), maka hendaknya menikah. Sesungguhnya hal itu menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan.

Kemudian Ibnul Qayyim berkata: Sebaiknya sebelum bersetubuh hendaknya diajak bergurau-senda dan menciumnya, sepertimana Rasulullah SAW melakukannya.

Ini semua menunjukkan bahawa para ulama dalam usaha mencari jalan baik tidak bersifat konservatif, bahkan tidak kalah kemajuannya daripada penemuan-penemuan atau pendapat masa kini.

Dapat disimpulkan di sini bahawa Islam telah mengenal hubungan seksual antara pasangan suami isteri, yang telah diterangkan dalam al-Quran pada surah al-Baqarah, yang ada hubungannya dengan peraturan keluarga.

Firman Allah (bermaksud): “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu, mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu, Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka, sekarang campurilah mereka dan ikutlah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah kamu hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka, sedangkan kamu beriktikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka jangan kamu mendekatinya…” (Al-Baqarah, 187)

Tidak ada kata yang lebih indah serta lebih benar mengenai hubungan antara suami isteri, kecuali telah disebutkan:

“Mereka adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.” (Al-Baqarah, 187)

Pada ayat lain juga diterangkan (maksudnya): “Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah: Haid adalah suatu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita di waktu haid; dan jangan kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.

“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bersesuai tanam, maka datangilah tanah tempat bersesuai tanammu itu dengan cara bagaimana sahaja yang kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amalan yang baik) untuk dirimu, dan takwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira bagi orang-orang beriman.” (Al-Baqarah, 222-223)

Maka, semua hadis yang mentafsirkan bahawa dijauhinya yang disebut pada ayat di atas, hanya masalah persetubuhan. Selain itu, apa saja yang dapat dilakukan, tidak dilarang.

Pada ayat di atas disebutkan: “Maka, datangilah tanah tempat bersesuai tanammu dengan cara bagaimanapun kamu kehendaki.” (Al-Baqarah, 223)

Tidak ada suatu perhatian yang melebihi daripada disebutnya masalah dan undang-undang atau peraturannya dalam al-Quran secara langsung, sepertimana diterangkan di atas.

Kumpulan Fatwa Yusuf Qardawi

You cannot copy content of this page