Tag: 4 godaan datang dan pergi

  • 4 godaan datang dan pergi

    Menurut Imam al-Ghazali, empat godaan bersifat tidak tetap, kadangkala muncul dan lenyap (datang dan pergi), dalam mencapai tujuan ibadat:

    1. Rezeki

    Dia (seseorang) bertanya di dalam hati: “Dari mana aku peroleh makanan dan pakaianku? Bagaimana aku akan memberi makan kepada anak-anak dan keluargaku? Dari mana?”

    Dia akan menjawab sendiri pertanyaan itu: “Aku harus mempunyai bekalan. Aku harus mampu dan sanggup. Aku sudah melepaskan diri daripada (pancingan) dunia. Kini, aku sudah membulatkan tekad dan tidak akan tergoda lagi dengan godaan dunia. Aku harus menjaga diri daripada sebarang tipu daya. Jika demikian, dari mana kekuatan bekalanku?”

    2. Bahaya

    Dia takut dengan pelbagai bahaya. Hatinya sentiasa terfikir yang bukan-bukan dan bimbang akan ada saja perkara yang tidak kena. Dia teraba-raba, tidak tahu mana yang baik dan mana yang buruk, kerana semuanya bersifat samar. Disebabkan oleh keraguannya itu, maka dia akan terjerumus.

    3. Kesulitan dan kesedihan

    Dia mengalami pelbagai kesulitan dan kesedihan, meskipun dia telah berusaha mengubah diri menjadi seorang yang lain dari dahulu, iaitu dengan beribadat kepada Allah SWT.

    Dia tetap meneruskan tekadnya untuk memerangi syaitan walaupun dia sedar bahawa syaitan itu selalu menggoda. Bahkan dia berusaha mengekang hawa nafsunya walaupun hawa nafsu itu sendiri selalu berusaha untuk mempengaruhinya.

    Dia berasa sangat sukar, bingung dan sedih apabila menyedari betapa banyaknya rintangan yang menghalang niatnya untuk beribadat kepada Allah.

    4. Takdir

    Takdir, ada yang dirasakan manis dan ada yang dirasakan pahit. Hawa nafsu pula cepat saja mengeluh. Bagaimana ini, mengapa demikian?

You cannot copy content of this page