Tag: Tanah syurga

  • Tanah syurga

    Dalam sahih Bukhari dan Muslim terdapat riwayat: Daripada Abu Dzar al-Ghifari RA dalam hadis mikraj Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):

    “Aku dimasukkan ke dalam syurga, ternyata di sana banyak batu-batu mutiara besar dan tanahnya adalah kasturi.”

    Menurut riwayat Imam Ahmad: Daripada Abu Said al-Khudri RA, Rasulullah SAW bertanya kepada Ibn Said RA tentang tanah syurga, maka dia menjawab: “Tanahnya debu lembut yang putih, kasturi murni.”

    “Benar,” sabda Rasulullah SAW membenarkan.

    Menurut riwayat Muslim pula: Daripada Abu Said al-Khudri, bahawa Ibn Saiyad bertanya kepada Nabi SAW tentang tanah syurga, maka baginda menjawab: “Tanahnya debu lembut yang putih, kasturi murni.”

    Ahmad meriwayatkan: Daripada Jabir bin Abdillah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda tentang orang-orang Yahudi: “Aku pernah bertanya kepada mereka tentang tanah syurga” – maksudnya, benarkah berupa debu lembut yang putih.

    Baginda bertanya kepada mereka, maka mereka menjawab: “Tanahnya berupa roti, hai Abul Qasim.”

    Rasulullah bersabda (melengkapi pernyataan mereka): “Roti daripada debu lembut yang putih.”

    Huru-Hara Hari Kiamat, 486 & 487

You cannot copy content of this page