10 sebab doa tidak makbul – Ibrahim Adham

Foto hiasan – Getty Images

Ibrahim bin Adham pernah menerima pertanyaan daripada penduduk Basrah:

“Mengapa keadaan kami tidak berubah? Bukankah Allah telah berjanji akan mengabulkan doa orang yang berdoa kepada-Nya?”

Beliau menjawab, ada 10 perkara menyebabkan doa tidak diterima iaitu:

1. Kamu mengenal Tuhan tetapi kamu tidak memenuhi hak-Nya.

2. Kamu banyak membaca al-Quran tetapi tidak mahu mengamalkannya.

3. Kamu mengaku mencintai Nabi tetapi meninggalkan sunahnya.

4. Kamu mengaku menjadi musuh syaitan tetapi kamu mengikutinya.

5. Kamu memohon keselamatan daripada seksa api neraka, namun kamu memasukkan diri kamu sendiri ke dalamnya.

6. Kamu berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga, tetapi kamu enggan melakukan untuk dapat memasukinya.

7. Kamu tahu kematian itu benar ada, tetapi kamu tidak persiapkan diri untuk menemuinya.

8. Kamu sibuk dengan aib (keburukan) orang lain, tetapi terhadap aib sendiri kamu tidak mahu tahu.

9. Kamu banyak memakan nikmat Tuhanmu, tetapi kamu tidak mensyukurinya.

10. Kamu sering menguburkan mayat (orang mati), tetapi tidak pernah mengambil iktibar daripadanya.

You cannot copy content of this page