10 tindakan agar taubat tercapai

Menurut keterangan dalam Minhajul Abidin oleh Imam al-Ghazali, kita perlu menyempurnakan 10 tindakan ini agar taubat kita tercapai iaitu:

1. Tidak lagi melakukan dosa berkenaan.

2. Tidak menceritakannya lagi.

3. Tidak lagi bergaul dengan orang yang melakukan dosa berkenaan.

4. Sanggup jika terpaksa mengasingkan diri, yakni berpindah ke tempat lain kerana di sana dapat benar-benar bertaubat daripada perbuatan dosa. Perkara yang sekiranya dapat menarik diri untuk berbuat seperti itu ditinggalkan sama sekali.

5. Tidak akan melihat atau menjejakkan kaki lagi ke tempat yang pernah melakukan dosa.

6. Benar-benar membenci tempat yang pernah menjerumuskan diri ke jurang nista.

7. Tidak mahu lagi mendengar perbincangan mereka mengenai perbuatan maksiat.

8. Bertaubat daripada keinginan hati. Inilah yang paling sukar kerana bererti hati sudah tertutup (daripada perbuatan dosa) sama sekali.

Jika ada dorongan untuk melakukannya, mampu untuk menahannya. Ini bermakna dapat kemenangan dan inilah taubat yang paling sempurna.

9. Bertaubat daripada kelalaian dahulu kerana taubat yang pertama dirasakan kurang memenuhi syarat. Jika dalam taubat pertama tidak sepenuhnya kerana Allah, kini kembali bertaubat (sepenuhnya kerana Allah).

10. Taubat daripada kesombongan kerana dapat bertaubat. Hal ini kerana ada sesetengah orang berasa bangga dengan taubatnya dan mengagumi dirinya yang sudah bertaubat.

Ibarat pelukis yang mengagumi lukisannya atau mengagungkan hasil karyanya, dia terlalu bangga dengan taubatnya lalu berkata di dalam hati: “Alangkah sempurnanya taubat aku tempoh hari!”

Ini bermakna taubatnya tidak didasari kerana Allah. Oleh itu, dia terpaksa bertaubat lagi dengan mengesakan Allah Taala.

You cannot copy content of this page