Menurut keterangan dalam Minhajul Abidin oleh Imam al-Ghazali, berikut adalah beberapa ciri hasad dengki:
1. Merosakkan ketaatan.
2. Hasad adalah sifat jahat dan maksiat.
Ini seperti dikatakan Wahab bin Munabbih, bahawa hasad mempunyai tiga ciri:
– Jika berhadapan, menjilat.
– Jika di belakang, mengumpat (bercerita kepada orang lain mengenai hal orang lain yang dianggap buruk).
– Senang (hati) jika orang lain mendapat kecelakaan (malapetaka).
3. Hasad menjadikan manusia berada dalam keadaan lemah dan bingung yang tidak memberi sebarang manfaat, bahkan menimbulkan dosa.
Ini seperti dikatakan oleh Ibnu Samma bahawa keadaan orang zalim dan hasad itu sama. Mereka mempunyai nafas yang berlarutan, otak yang kosong dan hampa serta kesusahan yang berterusan.
4. Akibat daripada hasad ialah buta hati, hingga tidak mampu memahami satu hukum pun daripada sekian banyak hukum Allah.
Ini seperti yang dikatakan oleh Sufyan ats-Tsauri: “Biasakanlah dirimu berdiam dalam jangka waktu yang lama, tentu kamu bersifat warak (teliti).”
5. Terhalang kebaikan, tidak mendapat taufik dan tidak dapat mencapai segala yang menjadi keperluannya, bahkan bererti menolong musuh.
Ini sebagaimana dikatakan oleh Hatim al-A’sham: “Orang yang dengki bukan ahli agama, orang suka mencela bukan ahli ibadat, orang suka mengadu domba tidak boleh dipercayai dan orang hasad termasuk golongan tidak perlu mendapat pertolongan.”