Daripada Abu Hurairah RA, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Berilah daku wasiat.”
Baginda SAW bersabda: “Jangan marah.”
Lelaki itu mengulangi ucapannya.
Baginda pun bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)
PENJELASAN
Marah adalah kumpulan daripada seluruh keburukan dan satu daripada tiga pintu masuknya syaitan, iaitu lalai, syahwat dan marah.
Sayidina Umar bin Abdul Aziz berkata: “Beruntung orang yang menjaga diri daripada hawa nafsu, marah dan tamak.”