10 faedah bersedekah

Abu Laits dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin menasihatkan, bersedekahlah dengan sesuatu, sedikit atau banyak, kerana sedekah mempunyai sepuluh kebaikan, iaitu lima di dunia dan lima di akhirat.

Adapun lima di dunia ialah:

1. Membersihkan harta kekayaan.

2. Membersihkan badan daripada dosa.

3. Menolak bala dan penyakit.

4. Menyenangkan hati orang miskin, sedang sebaik-baik amal menyenangkan orang Mukmin.

5. Menjadikan berkat dalam harta dan luas rezeki.

Lima di akhirat:

1. Sedekah menjadi naungan baginya.

2. Sedekah akan meringankan hisab perhitungan amalnya.

3. Memberatkan timbangan amal kebaikan.

4. Memudahkan menyeberang di atas sirat.

5. Bertambah darjat di syurga. 

You cannot copy content of this page