10 perkara belum jadi baik sebelum disertai 10 yang lain

Amirul Mukminin Sayidina Umar al-Khattab RA dipetik sebagai berkata: Sepuluh perkara belum menjadi baik sehingga disertai dengan sepuluh yang lain iaitu:

1. Akal belum menjadi baik tanpa disertai sikap warak.

2. Amal perbuatan belum menjadi baik sehingga disertai ilmu.

3. Kejayaan belum baik tanpa disertai rasa takut (kepada Allah).

4. Penguasa belum baik sehingga disertai keadilan.

5. Kecukupan belum baik sehingga disertai adab (kesopanan).

6. Kesenangan belum baik tanpa disertai keamanan.

7. Kekayaan belum baik sehingga disertai kemurahan hati.

8. Kefakiran belum baik tanpa qanaah (rasa cukup dengan apa yang ada).

9. Ketinggian (darjat) belum baik tanpa disertai sikap tawaduk.

10. Perjuangan (jihad) menuju kebenaran belum baik sehingga diiringi taufik Allah.

You cannot copy content of this page