Tawaduk adalah sikap terpuji yang termasuk dalam akhlak yang sangat mulia dan menjadi nilai daripada akhlak orang soleh. Justeru selayaknya kita mengikuti sikap orang-orang soleh.
Pada suatu malam, Umar bin Abdul Aziz didatangi tetamu dan selalunya beliau selepas Isyak menulis apa-apa yang diperlukannya, sedang tamunya tidak jauh kelihatan lampu sudah berkelip-kelip hampir padam.
Maka tamu itu berkata: Wahai Amirul Mukminin, saya akan bangun membaiki lampu itu.
Jawab Umar: Bukan daripada kemanusiaan apabila menggunakan tenaga tamunya.
Berkata tamu itu: Apakah saya membangunkan pelayan (pekerja)?
Jawab Umar: Tidak, sebab dia baru tidur.
Lalu Umar sendiri mengisi gas lampunya.
Tamu itu bertanya: Wahai Amirul Mukminin! Tuan sendiri yang membetulkan (melakukannya)?
Jawab Umar: Ketika saya bangun, saya tetap Umar. Dan kembali juga masih tetap Umar. Dan sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah orang tawaduk (merendah diri atau tidak meninggi diri).