6 petanda menjelang kiamat

Foto hiasan – Unsplash/Getty Images

1. Diangkat ilmu (tiada lagi orang berilmu khusus yang pandai dalam agama).

2. Banyak kebodohan (apabila tiada orang berilmu, maka ramai yang jahil tiada berpengetahuan agama).

3. Berleluasa perzinaan (malah hari ini ia menjadi suatu industri).

4. Banyak minum arak (mutakhir ini arak dengan pelbagai nama dan penampilannya mudah saja di dapati).

5. Sedikit lelaki.

6. Ramai wanita.

LIHAT HADIS:

Dalam sahih Bukhari dan sahih Muslim diriwayatkan daripada Anas, Rasulullah bersabda (mafhumnya):

Sesungguhnya antara syarat-syarat terjadi kiamat ialah diangkat ilmu, banyak kebodohan, berleluasa perzinaan, banyak minum arak, sedikit lelaki dan ramai wanita, sehingga lima puluh wanita menjadi tanggungan seorang lelaki.

Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 154

You cannot copy content of this page