7 soalan, 7 jawapan

Amirul Mukminin Sayidina Ali bin Abi Talib sebagaimana disebutkan dalam Nasoihul Ibad, ditanya hal seperti berikut:

1. Apakah yang lebih berat berbanding langit? 

2. Apa yang lebih luas dari bumi? 

3. Apa yang lebih kaya dibanding dengan lautan? 

4. Apa yang lebih keras daripada batu? 

5. Apa yang lebih panas dibanding api?

6. Apa yang lebih dingin daripada Zamharir? 

7. Apa yang lebih pahit dibanding dengan racun? 

Beliau menjawab seperti berikut:

1. Berbuat dusta kepada makhluk lebih berat dari langit.

2. Yang hak (kebenaran) lebih luas dari bumi.

3. Hati yang qanaah (berasa cukup dengan yang ada) lebih kaya dari lautan.

4. Hati munafik lebih keras daripada batu.

5. Penguasa zalim lebih panas daripada api.

6. Hajat (keperluan) kepada orang jahat lebih dingin daripada Zamharir.

7. Sabar lebih pahit dibanding racun. (Pendapat lain mengatakan, mengadu domba lebih pahit daripada racun)

You cannot copy content of this page