Tiga cara menewaskan syaitan

Kegelapan – Foto hiasan Unsplash

Dalam Minhajul Abidin, karya Imam al-Ghazali diterangkan, menurut pendapat ulama, untuk memerangi dan menewaskan syaitan ada tiga cara:

1. Mengetahui tipu daya syaitan sehingga ia tidak berani mengganggu kita.
Keadaannya ibarat tikus, jika ia tahu tuan rumah mengetahui kewujudannya, ia akan melarikan diri.

2. Anggaplah ajakan syaitan sebagai suatu perkara remeh iaitu jangan memberi sebarang perhatian dan jangan mempedulikannya.

Jangan sesekali mengambil hati terhadap ajakannya apatah lagi menurutinya. Ini kerana syaitan ibarat anjing yang menggonggong dan jika dilayan ia akan terus menggonggong. Tapi jika dibiarkan, ia akan diam dengan sendirinya.

3. Berzikir dengan lisan mahupun hati.

You cannot copy content of this page