2 maut, 5 cedera dalam kemalangan jalan raya di Afghanistan

KABUL – Dua penumpang maut dan lima lagi cedera akibat kemalangan jalan raya di wilayah Ghazni, timur Afghanistan lewat Jumaat, lapor seorang pegawai tempatan pada Sabtu.

Insiden itu berlaku di jalan raya di daerah Moqar di wilayah itu di lebuh raya menghubungkan ibu kota Kabul ke wilayah selatan Kandahar apabila dua kenderaan penumpang berlanggar, menyebabkan dua maut, termasuk seorang kanak-kanak, di tempat kejadian dan lima lagi cedera, agensi berita dikendalikan kerajaan, Bakhtar memetik jurucakap polis wilayah, Khalid Sarhadi, sebagai berkata.

Pada malam Khamis, kemalangan jalan raya di wilayah timur Laghman menyebabkan seorang maut dan tiga lagi cedera.

Kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian berleluasa di Afghanistan disebabkan oleh keadaan jalan tidak baik, pemanduan cuai, rupa bumi yang sukar, muatan berlebihan, memotong dan terlebih laju.

XINHUA

You cannot copy content of this page