Hampir 40,000 mangsa banjir dipindahkan, Kelantan paling ramai

KUALA LUMPUR — Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencecah seramai 39,677 orang dengan 12,107 keluarga kini ditempatkan di 345 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri.

Data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan, negeri Kelantan mencecah jumlah teramai dengan 32,858 mangsa di 10 daerah.

Ia membabitkan 989 keluarga dan sejumlah 166 PPS dibuka.

“Di Terengganu pula seramai 6,133 mangsa dan 162 PPS, Kedah (443 mangsa,12 PPS), Perlis (195 mangsa, 3 PPS), Johor (28 mangsa,1 PPS) dan Perak (20 mangsa,1 PPS),” katanya.

JKM berkata, lelaki dewasa yang dipindahkan adalah berjumlah 12,942, wanita (14,020), kanak-kanak lelaki (5,959), kanak-kanak perempuan (5,686), bayi lelaki (572) dan bayi perempuan (498).

BH ONLINE

You cannot copy content of this page