DAMSYIK – Lelaki bersenjata menembak mati 10 orang di sebuah perkampungan majoriti warga Alawi di tengah Syria, kata pemantau perang pada Sabtu.
“Lelaki bersenjata melakukan pembunuhan beramai-ramai” pada Jumaat yang mengorbankan “10 rakyat di kampung Arza di kawasan pedalaman utara Hama yang didiami oleh warga mazhab Alawi” pemimpin digulingkan Bashar Assad, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
AN-AFP