Tag: 6 wasiat berharga

  • 6 wasiat berharga

    Disebutkan dalam Tanbihul Ghafilin, seorang datang kepada Abdullah bin Abbas RA dan berkata: Berilah nasihat kepada saya. 

    Abdullah bin Abbas RA berkata: Saya berwasiat kepada anda dengan enam perkara: 

    1. Keyakinan hati anda terhadap sesuatu yang dijamin Allah untuk anda.

    2. Melaksanakan kewajipan pada waktunya.

    3. Lidah basah dengan zikir kepada Allah.

    4. Jangan menuruti syaitan, kerana ia hasad kepada manusia.

    5. Jangan memakmurkan dunia kerana ia akan merosakkan akhirat anda.

    6. Hendaklah anda sentiasa menasihatkan orang Muslimin. 

You cannot copy content of this page